Monday, April 30, 2007

Seminggu Berlalu


Sebagai YB yang berkhidmat untuk rakyat, Dato' Dr. Awang Adek sering kali turun ke segenap ceruk kawasan dalam Parlimen Bachok. Peluang ini digunakan sepenuhnya oleh YB Dato' mendengar dan melihat sendiri masalah yang membelenggu rakyat Bachok.

Friday, April 27, 2007

Destinasi Pelancongan Keluarga


Sebenarnya banyak chalet penginapan yang tersedia di sini. Anda boleh datang bersama keluarga dan menikmati percutian yang tidak akan anda lupakan. Selain dari sewa yang berpatutan, masyarakat Bachok dan amnya rakyat Kelantan terkenal dengan budibahasa. Juga semasa kunjungan anda pasti terkejut dengan variasi makanan tradisional yang boleh didapati dengan harga yang tidak diperolehi di tempat lain.

Pemandangan di pesisiran pantai mendamaikan jiwa. Nelayan mencari rezeki demi sesuap nasi tidak mematikan hasrat anak-anak untuk insaf dan bangun membela nasib keluarga.

Selamat Datang

Semoga menjadi rujukan anak Bachok di perantauan yang dahagakan informasi mengenai Bachok.